December 28, 2010


 
Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...
 
Tiba-tiba malam neh rasa nk share satu lagu yang aku minat lama dah..sejak sekolah menengah..beli tape indonesia ngetop semata-mata nk dngr lagu neh..nice lyrics...yang kena dgn diri dan jiwa aku malam neh..wah,ala2 jiwang gitu..wawawa2
 
Silalah berkaraoke kalau rasa ada match dgn lagu neh ek...:)

Hampa
Kupejamkan mata ini
Mencoba tuk melupakan
Segala kenangan indah tentang dirimu
Tentang mimpiku

Semakin aku mencoba
Bayangmu semakin nyata
Merasuk hingga ke jiwa

Tuhan tolonglah diriku
Entah dimana dirimu berada
Hampa terasa hidupku tanpa dirimu

Apakah disana kau rindukan aku
Seperti diriku yang selalu merindukanmu
Selalu merindukanmu

Tak bisa aku ingkari
Engkaulah satu satunya
Yang bisa membuat jiwaku
Yang pernah mati menjadi berarti
Namun kini kau menghilang
Bagaikan ditelan bumi
Tak pernah kah kau sadar
Arti cintamu untukku

p/s:cik Nailofar kesayangan adakah di sana kau rindukan aku??huk3 (ngada2 je kn...wawawa3..jgn jelezzz j uols..)

TeRIngAt ArWaH NEneKkU

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...
seribu satu persoalan........
Saat menanti azan Isya' berkumandang tiba-tiba terlintas dalam ingatan aku arwah nenek aku, Allahyarhamah Halimah Binti Yusof yang masih kekal segar dalam memori aku perginya menghadap tuhan yang maha esa pada 1 April 2005...tarikh itu mudah diingat kerana tarikh itu simbolik bagi April fool dan juga tahun tersebut ialah tahun aku mengambil SPM....

gambar sekadar hiasan k...arwah nenek aku cun taw n aku hensem...muahaha2

Saat kecilku banyak dihabiskan bersama arwah..mengekor ke ladang bersama setiap pagi menjadi sebab aku digelar cucu kesayangan...lantas kehilangan beliau amat memberi kesan pada hidup aku...Kata orang zaman kanak-kanak ialah zaman kita paling banyak belajar kerana otak kita membesar dengan pantas lantas kenangan bersama insan-insan yang secara semulajadi menjadi tenaga pengajar dalam kehidupan aku jelas kekal dalam ingatan kerna aku saat kanak-kanakku bukan bersama ibu bapa aku tapi dengan keluarga mak langku yang menetap bersama arwah...

Jadi tidak salah aku katakan zaman kecilku kasih sayangku lebih kepada mereka kerna bukan apa amat jarang bersama kedua ibu bapaku menyebabkan aku kurang menyemai perasaan kasih pada mereka...Paling memberi kesan pada aku ialah arwah pergi meninggalkan aku saat aku tiada di sisinya dan aku sangat terasa tak berguna time tue...Keesokan hari aku tidak berganjak dari arwah sehinggalah arwah dikuburkan di tanah perkuburan kampung bukit senggeh berhampiran dengan pusara arwah atuk aku....

Bagi yang masih memiliki nenek atau atuk hargailah mereka kerana insan seperti mereka memerlukan kasih sayang dari insan muda seperti kita dan kita pula menagih ilmu dan selautan pengalaman yang telah mereka perolehi sepanjang perjalanan kehidupan mereka....Inilah yang dikatakan konsep simbiosis dalam kehidupan.....



kasih sayang ditagih dan pengalaman diraih
p/s:mode:very sad....


Al Fatihah pada Allahyarhamah Halimah Binti Yusof.........

Wassalam.....

SEmANgaT & AzIMaT Baru:)

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...
 
Hari ini (28/12/10') pertama kali masuk ke lab drilling dengan penuh semangat..sebabnya semalam (27/12/20') aku n azad telah konvoi ke segamat dengan penuh gigih untuk mengambil buah jarak atau nama saintifiknya ialah Jatropha Curcas.Maka hari ini bolehlah aku memulakan ProjekSarjana Muda aku dengan tenang bagi menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebagai pelajar tahun akhir Kejuruteraan Petroleum.
Tajuk projek aku ialah "Application of Lignosulfonate Extract from Jatropha Curcas Empty Fruit Bunch as Corrosion Inhibitor"...Cukup panjang sehinga membuat aku cuak takut x tercapai skop projek aku yang melampo (banyak)..huhu2

Maka hari ini aku bermula dengan proses menjemur sampel aku iaitu buah jarak tersebut menggunakan microwave..sepatutnya aku menggunakan kaedah konvensional iaitu jemur je bawah matahari tetapi hari ini sedikit malang sebab mendung je manjang..Tapi aku bersyukur pada ALLAH S.W.T sbb mendung neh membuatkan kehidupan aku sedikit tenang dan x serabut...wee~~~~


Inilah buah Jatropha yang siap dikupas...:)



Gambar di atas ialah hasil jemuran yang belum siap kering.Amatlah mengambil masa yang lama utuk pastikan sampel aku neh kering sebab sampel yang kering diperlukan untuk proses esok iaitu grinding process....
 

  
Gigih menjalani bulan-bulan terakhir bergelar mahasiswa...wee~~~~
Aku berkongsi lab neh dengan si Azad n Arif maka berkongsilah aku kerja dengan mereka berdua..kekadang aku yang tolong diorang wat 'mud cake'..wawa2 readers uols taw x mud cake tu ape??check it out....:)

Kata arif mcm offshore....haha2 areh3..
ini hasil mud cake dari high pressure and high temperature machine...

Mud cake tue adalah projek si Azad n Arif taw..diorang guna aplikasi enzim dalam mud cake..agak menarik dan projek diorang neh berada di bawah seliaan seorang mentor iaitu pelajar master petroleum sbb sebahagian dari tajuk akak tu adalah projek diorang neh..so kena r buat btol2 sbb data-data yang diorang dapat akan digunakan plak oleh akak tue...

So guy's this story mori bout me today..nothing special..But for me everything occur everyday is memorable moment for me and that's why I keep it in my Wi-CIM aku  neh..So guy's believe to me everything happen around you even people see it such like small things and not important but for you it is a part of puzzle that complete your daily life's..appreciate it...:)

p/s:tadi blajo pronounce buried dgn kak masira...(beried k bukan burit...siot aref ajaran songsang)....

December 27, 2010

Siapa YaNG MEngAjAR

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...
Holla semua,apa khabar??diharap sahabat semua sihat dalam kita dihinggap oleh demam Piala Suzuki AFF yang melanda negara kita ekoran kejayaan skuad bolasepak Malaysia melangkah ke Final.
Dalam kita bersukaria meraikan kejayaan skuad negara timbul pula isu Laser yang sebenarnya mula hangat diperkatakan sejak dari perlawanan Malaysia-Vietnam lagi iaitu ketika separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari (15/12/10') yang dikatakan menjadi sebab mengapa Vietnam tewas kepada Malaysia dengan jaringan 2-0.

Kemudian saat perlawanan akhir pertama pada 26/12/10' yang lalu isu ini semakin hangat dibicarakan sehingga penjaga gol Indonesia sendiri Markus Harison bertindak melulu dengan mengajak rakan-rakan pemain dari Indonesia keluar padang bagi memprotes sinaran laser yang dikenakan pada wajahnya sejurus sebelum pemain Malaysia Safiq Rahim mengambil sepakan percuma.

Tetapi persoalannya adakah Malaysia yang menjadi dalang atau ada pasukan lain yang memulakan adegan laser ini sehingga menjadi ikutan penyokong pasukan lain??

Sharbinee Alawe yang terkena pancaran laser...Siapa dalangnya??Penyokong Malaysiakah??

Gambar di atas diambil dari rakaman rasmi AFF pada perlawanan pertama peringkat kumpulan antara Malaysia dan Indonesia di mana Malaysia telah dimalukan 5-0 oleh pasukan tuan rumah.Jelas menunjukkan Penjaga Gol Malaysia telah disinari laser sejak dari perlawanan pertama lagi yang telah menjejaskan reputasi Sharbinee Alawee yang kemudiannya telah digantikan oleh Khairul Fahmi yang telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan di mana hanya dibolosi sekali sepanjang kejohanan berlangsung iaitu ketika menewaskan Laos 5-1 pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.

Justeru Indonesia,'cermin dahulu diri anda' sebelum anda menuding jari pada Malaysia kelak anda akan malu dengan diri sendiri kerna satu jari dituju pada Malaysia tetapi lihat empat lagi jari anda pada siapa ditujukan??Tepuk dada tanya selera anda.Tidak berniat untuk diskriminasi bukan juga membela diri kerna apa yang dilakukan penyokong Malaysia tetap memalukan dan menjadikan kemenangan pasukan Malaysia dipersoalkan dan boleh dipertikaikan cuma sekadar mahu menjadi renungan dan ruangan untuk menyatakan kebenaran.
p/s:Jangan jadik macam ketam mengajar anaknya berjalan...muahaha2

buDaYA BercOuPLe

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...
 
Hari ini dalam harian metro (27/12/2010) dalam ruangan variasi bestari isu couple atau dalam bahasa melayu kita panggil sebagai budaya berpasangan.Pasang maksudnya berdua macam lagu acha septriasa tu berdua lebih baik...

Budaya couple yang acapkali dikaitkan dengan mahasiswa institut pengajian tinggi

Ketahuilah rakan-rakan bila kita berdua-duaan maka yang ketiga adalah syaitan dan sesungguhnya syaitan tidak akan mengarahkan manusia untuk berbuat kebaikan...itu sudah pasti..(pesanan untuk diri sendiri juga)

Syaikh Muhammad Bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah...Maka jawapannya:

Jika hubungan itu sebelum nikah,baik sudah lamaran atau belum,maka hukumnya adalah haram kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan,memandang atau berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya dan janganlah seseorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya.

Ha,nk sangat bercouple ha duk situ jadik batu..fuhhh...

Maka seharusnya pasangan yang berpacaran di luar sana pastikan setiap kali ingin berdampingan keluar dengan buah hati anda ada mahram wanita tersebut di sampingnya juga sebagai pengganti syaitan.
Dalam sisipan itu juga diberitakan berkenaan dengan budaya coupling yang sinonim jika dikaitkan dengan mahasiswa universiti yang dikenali sebagai golongan pemikir ulung yang sepatutnya menjadi teladan dan ikutan remaja-remaja lain di luar sana tapi lain pula yang jadiknya.Tetapi atas pemikiran aku mahasiswa universiti yang cerdik pandai ini tentu adalah lebih bijak terutama dalam mencipta alasan untuk membuat berbagai aktiviti pelik-pelik dan akhirnya menjadi jelik-jelik.Bukan semua tetapi kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

CIntaku hanya untukmu...tidak mengenal paras rupamu...huhu2

Kemudian dari golongan pemikir di atas timbul pula istilah 'surat khabar lama' di mana istilah yang direka bagi mengajuk rakan-rakan yang 'tidak laku' atau gagal memikat cowok-cowok sebagai teman.Ini sudah pasti membingitkan telingan rakan yang diejek namun atas pemikiran aku makin lama surat khabar semakin tinggi harganya kerana berita yang akan diimbas semula kerana itu sejarah,sejarah adalah perkara yang berharga seperti maruah wanita tersebut yang berharga ibarat mutiara dalam kotak kaca yang disimpan jauh di dalam jurang;jauh dari perhatian masyarakat terutama yang melihat dengan nafsu yang tidak terkawal.

Acapkali dikatakan pasangan sering dijadikan sebagai sokongan tidak kira waktu belajar,bersukan atau apa saja dan kerana itu budaya couple ini seolah-olah harus menjadi agenda wajib bagi mahasiswa sebaik menjejakkan kaki ke menara gading.Tetapi berapa ramai yang berjaya membuktikan dengan cinta mereka mampu melangkah ke menara gading dengan cemerlang,dengan rindu berjaya memandu mereka maju kehadapan dengan gemilang dan dengan kasih mereka mampu memadu asmara dengan buku akademik dengan terbilang?Berapa ramai??sila angkat tangan anda....

camana nk berjaya kalo dah dok berkepit je...huk3
Tidak salah anda ingin bercouple tapi perlu anda ingat sebelum anda ingin mencintai manusia sebagai pasangan anda anda harus menanam dan memupuk cinta dan perasaan yang mendalam terlebih dahulu kepada pencipta dan juga nabi muhammad S.A.W....kemudian baru anda layak untuk mencintai manusia yang anda anggap sebagai teman hidup selama-lamanya..Benar kata orang mana mungkin dengan mudah kita akan mencapai darjah cinta kepada ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W pada tahap yang sepatutnya tetapi tanya pada diri kita apakah usaha berterusan kita dalam menanamkan perasaan cinta dan sayang tersebut kerana setidak-tidaknya usaha yang berterusan boleh menampakkan ketelusan anda untuk mencapai darjah cinta tersebut kerana kita manusia sememangnya khilaf teruamanya insan yang menulis warkah ini...

Menara gading adalah tempat kita memerah keringat fikiran,tulang empat kerat dan juga membina jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI) agar di masa hadapan kita mampu memikul tanggungjawab yang lebih besar demi masa depan agama,bangsa dan negara....

Terpulang pada anda makhluk yang dikurniakan akal oleh ALLAH S.W.T yang mana membezakan anda dengan haiwan yang mampu untuk menggerakkan diri anda...Gerakkanlah diri anda dengan ilham dari akal yang lahir dari hati bukan emosi...
ingat taw mahasiswa,belajar dahulu kemudian kahwin je trus....jgn jadik mcm kami :0

p/s:lebih kepada muhasabah diri sendiri yang amat khilaf dan jahil.....

wassalam.....

December 26, 2010

~~Nikah Gantung~~

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...

Nikah Gantung....Istilah yang dipertanyakan oleh rakanku tempoh hari.Menjetik fikiran aku apa itu nikah gantung?Dalam satu artikel yang aku baca nikah gantung bermaksud lelaki dan pasangan telah sah sebagai suami isteri tetapi tidak diizinkan tinggal bersama atas faktor tidak dijalankan walimah lagi.Jadi di sini timbul pula satu lagi persoalan mengapa yang sunat boleh mengakibatkan sesuatu yang wajib 'digantung'?sedangkan pasangan telah diijab kabul secara sah tetapi kehendak pasangan masih ditahan.Jadi timbul lagi isu adakah nikah gantung ini kehendak islam?atau cuma istilahnya diacu suaikan agar kena dengan keadaan dan situasi masa kini yang kita tahu gejala sosial makin meningkat.


Nikah gantung hanyalah adat Melayu. Dalam Islam, apabila sepasang lelaki dan perempuan dinikahkan mengikut syarat-syarat nikah, maka terjalinlah ikatan suami isteri antara mereka dengan setiap pihak memikul tanggungjawab dan hak masing-masing termasuklah duduk serumah.nafkah zahir dan batin sudah tertakluk atas bahu masing-masing dan tidak ada istilah tidak atau gantung di situ.

Hari ini adat lebih dititikberatkan dalam kehidupan umat islam dari syariah yang datangnya dari ALLAH S.W.T.Maka,bila adat diutamakan maka mulalah syariat yang utama dilupakan danterus ketinggalan.Sedangkan ada sebuah hadith menyebut:

"Jika Si Isteri Dipanggil Oleh Suaminya Kerana Perlu,Maka Supaya Segera Datang,Walaupun Dia Sedang Masak"
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi,Hadis Hasan) 

Maksud hadith di atas pada pandangan saya adalah kepatuhan si isteri kepada suami.Dalam apa jua keadaan si isteri seharusnya patuh dan taat pada arahan suami yang berlandaskan syariat bukan adat yang terlalu dipuja.Maka persoalaalannya kini,apakah erti perkahwinan Jika tujuan mencari yang halal dari perkahwinan itu tidak dapat dilestarikan.Biarlah duduk berjauhan sekalipun tetapi jika bertemu makanya sepatutnya bolehlah bersama,tetapi kerana adat yang masih terus membelengu makanya tertutup sudah penglihatan kita pada sesuatu yang lebih dituntut.Ingatlah,di akhirat nanti bukan adat yang akan menjadi penyelamat kita sehingga terlalu diagungkan.Jangan menjadi lurus bendul hanya tahu mengikut segalanya sehingga tidak diselidiki dahulu hujung pangkal adat tersebut sehinga kita menjadi dangkal dalam syariat.

Makanya,nikah gantung atau nikah maksudnya tetap sama.Yang membezakan adalah pemikiran insan.Makanya,berhati-hati dalam segala tindakan.Biar mati adat,bukan mati syariat.

December 25, 2010

]Jalan-JaLAn CaRik Pot and UshA MakaNAn[

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...


Minggu Lepas aku and my frenz Azad (korang kenal x azad, x kenal jap ag aku kenalkan ek) pegi ke Center Development Unit (CDU) UTM and xnk panjangkan cerita Puan Nik iaitu salah seorang dari staf CDU mengarahkan kami untuk membantu CDU survey tempat untuk kem Team Building Career Fair yang kebetulan dicanangkan bakal di organisekan di Melaka...So aku dgn excitednye menjerit ingin memberikan bantuan (sure ke ek aku menjerit??huhu2)...


Hari Kejadian rancangan yang direncanakan aku & Azad suppose gerak dari UTM pukul 7..But, as usual atas2 sebab-sebab teknikal dan humanity reason maka kami terlewat 2 jam n gerak jam 9am...hik2 sori azad...aku paling lewat...huk2


Dalam perjalanan aku hanya membawa wang kertas berjumlah MYR 17.00 dan Azad plak MYR 15.00 and Azad mintak aku gna duit akusepanjang perjalanan supaya mudah nk claim blik dr CDU & pow CDU..hehe2 (muka jahat je gelak)So singgah di Pagoh mkn2 abih dh MYR 16.00...so total up duit tinggal MYR 16.00...then tanpa memikirkan tol di hadapan terus gerak je pegi Shell tuk tuang minyak then suddenly teringat nk kena bayar tol baru r teraba2 duit dlm poket...tepaksa r aku yang rajin neh patah balik dari Shell Pagoh n teros ke R n R tuk draw duit...huhu2 malangnya aku yg kena draw...:(

Destinasi Pertama: Kem Lambaian Danau, Kg Chinchin


                                                    Azad dalam toilet:wakakaka2
 
                                         One of the obstacle di Kem Lambaian Danau

                                           Tapak perkhemahan..wuts??khemah..huhu2

Tu r yg menjadi masalah,knape kena khemah untuk kem bina semangat??mcm lagi melemahkan jer...huk2 maka lepas tu kami pon terus beralih ke kem yang kedua.

Selepas menunaikan zohor dan Asar aku & azad singgah kejap dkt rumah aku..(yea3......)

4pm:Ismah Beach Resort, Pengkalan Balak

khemah yang disediakan terutama untuk organise hari keluarga anda!!!:)

kerusi memalaskan diri di tepi pantai...

selesa kot bilik dia (btol ker??padahal ngok kt luar jerk..huhu2)
Destinasi kedua kami ialah Ismah Beach Resort.Resort ini aku yang carik dkt website...http://www.ismahresort.com/ carik r ek..aku promote kot..bes woo resort neh...depan pantai pastu selesa kalau buat hari keluarga dkt sini...kos pon berbaloi r....:)

Destinasi ketiga:Kemunting Bech Resort, Pengkalan Balak

Destinasi kedua ni Azad yang pilih sbb kate dia dh 2,3 kali dtg pengkalan balak join program..huhu2 malu aku yg baru sekali dtg neh....segan jadik org melaka...tp xpe,aku bangga sbb ramai pelancong2 luar dtg ke melaka "melawat MELAKA bererti anda melawat MALAYSIA"..wah2,semangat aku..wee~~~~ ok continue2,now kt kemunting beach resort resort dia xd r teruk sngt ok jugak cuma dari aspek resort dia aku ngok mcm kurang selesa r...dari luar r,aku lupa amik gmbr & aku plak xleh masuk dlm ngok sbb crowd ramai kn..full house r katakan..ngah cristmas oliday kn...huhu2
http://dnelayanresort.wordpress.com/kemunting-beach-resort/ neh link tuk kemunting k guy's..ada masa pegi taw..like I said before,Melaka=Malaysia...hehe2

After siap survey sume,badan penat perut pon lapar minta diisi..n since makan bleh claim kn,maka kami pon memenuhi selera di Medan Ikan Bakar Sungai Linggi...bkn dkt Pernu taw....best!!!itu yang dapat digambarkan oleh perut kami setelah dkt sejam menuggu juadah disediakan..hehe2 apa yang kami order???nk taw kn??hehe2

1. Seretuk masak 3 rasa
2. Sayur Campur
3. Sotong Goreng Tepung

Macam skit kn??huhu2 yela nk order bnyk2 nanti Puan Nik tny neh survey tempat ker nk memenuhkan tempolok kami??haha2 mestilah 2,2 kn??haha2 alang2 dh bleh claim tue....then after that jama' maghrib n isya' before bertolak balik JB jam 10pm...

1230am:Sampai di UTM & x sampai 10 minit dlm bilik....krohhhh3.....(tido r tue gamaknya...) pnat bebenau kami..papepon thanks ti viva de love azad anugerah and CDU coz sposor perjalanan kami ini..huah3....selamat makan angin @ melaka taw kawan2....

~~Lining of My LiFe's here~~

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...

                                                   ~~New Blog by A young~~

This is my new blog..why I said new,this of course because previously I have other blog but cause of certain reason I comeback with new blog with new inspiration, new idea and new way of writing.  Hope you guys can get benefit from it...

Wassalam....