January 20, 2011

~~Thanks sayang abang~~

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...
Thanks sayang saya..dah tak tahu apa lagi mahu diperkatakan tentang dirinya yang banyak berkorban demi perhubungan kami...rasa kalau aku listkan dkt sini 3,4 entry gabung jadik satu pon aku x mampu nk describe pengorbanan yang telah dicurahkan dia demi hubungan kami ini...thanks sayang..:)
1) Dia sanggup kawen dgn saya even masih stadi master dia...

2) Dia pndai pujuk saya...(suke3!!!)

3) Dia wat blog baru sbb saya tahu blog lama dia bukan dia yg wat..(x suke3!!)

4) Dia da bnyk berubah semenjak dgn saya...tudung dh x lilit2 ek  tu penting tu..bukan pe I takot dia terjerut pastu menduda i...huhu2

5) Wayang n karok??NO3.....wee~~~

6) Dia sngtlah berfikiran positif dan gigih dalam tiap apa yang dilakukan...

7) Dia sangatlah comel

8) Dia hot kot kt UTM neh...(muahahaha3..sori guy's she will be mine...)


Sayang,


jadilah seperti permata yang sangat berharga jangan jadikan dirimu kaca yang dianggap permata kerna kelak akan tidak dihargai di kemudian hari...Saya rasa sayang lebih arif bagaimana untuk menjadi permata berharga lebih dari pengetahuan saya....

p/s:memikirkan adakah aku mampu menjadi amir sesuai dengan nama kau amir akmal...huhu2 (sedang berusaha...cayok3!!!)

January 14, 2011

~~Aku tak SuKer BeLOg KamoOOO~~

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...
 
Jangan tanya lagi kenapa aku x baca blog kamu atau kenapa saya x jenguk2...ada sebab kenapa aku x menjenguk atau membaca di situ yer....Bagi yang berkenaan tue sila faham...Blog yang bukan kamu yang create tapi si 'DIA' memang aku x suke r...tapi xpela,if itu yang kamu suke..teruskan...itu sahaja entry kali ini khas untuk yang memahami...
Wassalam...

January 8, 2011

~~Stage 2 (1.1.11)~~

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...
 
Pernikahan adalah bagi aku satu perjanjian antara manusia yang meliputi rohani,emosi dan jasmani yang ditunjangi syariat.  Rukun pernikahan ada lima (5) iaitu calon suami (L), Calon isteri (P), Wali yang berkelayakan, Dua (2) saksi dan Ijab & Qabul.  Dalam surah Ar-Rum Allah S.W.T memeberitahu bahawa antara tanda2 kekuasaanNYA ialah DIA telah menciptakan lelaki itu perempuan iaitu sejenis dengannya untuk mereka tempat bermesra dan diwujudkan atas keduanya perasaan kasih sayang dan belas kasihan.  Makanya antara kita lelaki dan perempuan memang telah Allah S.W.T ciptakan untuk kita pasangan masing-masing yang kita tidak ketahui siapa tetapi semua ingin dan mengharapkan insan yang ditakdirkan soleh atau solehah...

1.1.11 adalah satu lagi tarikh keramat aku selepas 10.10.10 sebab itu adalah tarikh aku selangkah lagi bakal mengakhiri zaman bujang aku dan pada masa yang sama tanggungjawab yang besar bakal aku galas sebagai insan bergelar SUAMI.  Alhamdulillah perjalanan rombongan dari Melaka dan ada saudara yang datang dari Senawang dan Kajang berjalan dengan lancar cuma ada sedikit masalah sesat....bese r tue kn,kami bukan orang senawang...:)

Ketibaan kami tepat jam 1230 tengahhari dan keceriaan terpancar di pihak perempuan seperti cerahnya matahari yang terik..huhu2 panas kot,jenuh aku menahan muka bg nampak ceria slaloooo....:) (berpura-pura)

Mcm biasa r,adat orang melayu ada bicara awalnya dari pihak perempuan bagi mengalu-alukan kedatangan kami pihak lelaki yang diwakili Abah cik Nailofar sebelum Abah minta pakcik cik Nailofar yang menyambung bicara..Memang aku taw dah,Pakcik cik Nailofar yang bese dipanggil baba neh memang petah btol bercakap..aku tergerak gak nk tny adakah dia salah seorang anggota debat Negeri Sembilan satu ketika dahulu...sangat petah seyh...kalo wat presentation kt U aku rasa almost full mark tuk speaking in Malay....hehe2

So agenda hari ini???kesemuanya ada 3 sebenornya..1) kami nk lebih jelas tentang perjalanan majlis selepas hari ini,2) Penyerahan cincin tunang bermakna secara rasmi korang semua jantan2 di luar sana x bisa menyunting bunga orkid putih Pakcik Jasmi & Makcik Azizah neh ek..melainkan kalo cik Nailofar reject aku..tapi mustahil r..dia sayang gile kot kt aku..sori babe's...:) wawa2 dan yang ketiga adalah nk memberikan wang belanja separuh iaitu bernilai rupees 12,000,000...ha,convert r sendiri korang yer....dan juga nk menghantor baju kurug 2 pasang akibat dari perbuatan aku melangkah bendul...2 bendul taw aku langkah..Kak Ngah n Kak Lang cik Nailofar...kesian aku...huh!!tp xpe,janji kawen...:)

Selesai majlis,aku bermain-main mata kot dgn cik Nailofar...wah gitu,sangat cantik cik Nailofar hari itu...terpegun aku lama...hari-hari biasa cantik jugak,tapi hati tu cantik sangat...wah2,rugilah kamu jejaka2 lain di luar sana..(ayat riak ke neh??x kn??) hehe2..

Makan3....adat orang melayu gak neh..ada majlis mesti kena ada makan...adegan paling ditunggu bagi orang yang lapar....muahaha2....mcm aku...2 kali kot aku tambah di saat semua org x tambah sampai ayah aku tegur lapor ko long??hati senang bah..(jawapan aku) muahaha2....

Balik sudeyh...selesai semuanya aku rasa sangat lega....perjalanan cinta kami yang hanya memakan masa 4 bulan kini telah sampai ke peringkat klimaks..xpyh tunggu lama2 kerana bak kata kawan aku cinta lama mak pada masa yang sama kita makin lama bergelumang dengan dosa...xpyh cakap iman kuat ke ape...sbb syaitan tu x pernah lalai dari menyesatkan dan menggoda kita dalam x sedar kita yang sering alpa dan leka...

Cik Nailofar,saya sayang kamu hari ini,esok,lusa,tulat dan selamanya...Moga Allah S.W.T sentiasa bagi saya petunjuk untuk membimbing hubungan kita sentiasa dirahmatiNYA dan sentiasa di bawah perlindungan atap kasih sayang ilahi..amin..:)

To my famly and future parent in law famly,thanks sudi merestui perhubungan kami dan harapan aku agar mereka sentiasa mendoakan kebahagiaan anak2 mereka ini dan juga nasihat sangat aku harapkan dari mereka dalam melayari kehidupan akan datang sebagai sebuah keluarga yang sakinah insyaALLAH..mcm mereka...:)

To Allah S.W.T,thanks for your gift to me...this is the best ever present that YOU give to me...insyaALLAH I try to make her happy and treat her as nice as I can as my wife,friends,my queen and mother of my children insyaALLAH. I believe on rezq that YOU give after married...:) amin...

p/s:masih dalam proses pembelajaran suami yang soleh...pembelajaran tanpa henti ialah perjalanan menjadi insan sempurna...sori ek entry xd post..gmbr x amik lagi dari Cik Nailofar...:)