December 27, 2010

buDaYA BercOuPLe

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...
 
Hari ini dalam harian metro (27/12/2010) dalam ruangan variasi bestari isu couple atau dalam bahasa melayu kita panggil sebagai budaya berpasangan.Pasang maksudnya berdua macam lagu acha septriasa tu berdua lebih baik...

Budaya couple yang acapkali dikaitkan dengan mahasiswa institut pengajian tinggi

Ketahuilah rakan-rakan bila kita berdua-duaan maka yang ketiga adalah syaitan dan sesungguhnya syaitan tidak akan mengarahkan manusia untuk berbuat kebaikan...itu sudah pasti..(pesanan untuk diri sendiri juga)

Syaikh Muhammad Bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah...Maka jawapannya:

Jika hubungan itu sebelum nikah,baik sudah lamaran atau belum,maka hukumnya adalah haram kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan,memandang atau berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya dan janganlah seseorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya.

Ha,nk sangat bercouple ha duk situ jadik batu..fuhhh...

Maka seharusnya pasangan yang berpacaran di luar sana pastikan setiap kali ingin berdampingan keluar dengan buah hati anda ada mahram wanita tersebut di sampingnya juga sebagai pengganti syaitan.
Dalam sisipan itu juga diberitakan berkenaan dengan budaya coupling yang sinonim jika dikaitkan dengan mahasiswa universiti yang dikenali sebagai golongan pemikir ulung yang sepatutnya menjadi teladan dan ikutan remaja-remaja lain di luar sana tapi lain pula yang jadiknya.Tetapi atas pemikiran aku mahasiswa universiti yang cerdik pandai ini tentu adalah lebih bijak terutama dalam mencipta alasan untuk membuat berbagai aktiviti pelik-pelik dan akhirnya menjadi jelik-jelik.Bukan semua tetapi kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

CIntaku hanya untukmu...tidak mengenal paras rupamu...huhu2

Kemudian dari golongan pemikir di atas timbul pula istilah 'surat khabar lama' di mana istilah yang direka bagi mengajuk rakan-rakan yang 'tidak laku' atau gagal memikat cowok-cowok sebagai teman.Ini sudah pasti membingitkan telingan rakan yang diejek namun atas pemikiran aku makin lama surat khabar semakin tinggi harganya kerana berita yang akan diimbas semula kerana itu sejarah,sejarah adalah perkara yang berharga seperti maruah wanita tersebut yang berharga ibarat mutiara dalam kotak kaca yang disimpan jauh di dalam jurang;jauh dari perhatian masyarakat terutama yang melihat dengan nafsu yang tidak terkawal.

Acapkali dikatakan pasangan sering dijadikan sebagai sokongan tidak kira waktu belajar,bersukan atau apa saja dan kerana itu budaya couple ini seolah-olah harus menjadi agenda wajib bagi mahasiswa sebaik menjejakkan kaki ke menara gading.Tetapi berapa ramai yang berjaya membuktikan dengan cinta mereka mampu melangkah ke menara gading dengan cemerlang,dengan rindu berjaya memandu mereka maju kehadapan dengan gemilang dan dengan kasih mereka mampu memadu asmara dengan buku akademik dengan terbilang?Berapa ramai??sila angkat tangan anda....

camana nk berjaya kalo dah dok berkepit je...huk3
Tidak salah anda ingin bercouple tapi perlu anda ingat sebelum anda ingin mencintai manusia sebagai pasangan anda anda harus menanam dan memupuk cinta dan perasaan yang mendalam terlebih dahulu kepada pencipta dan juga nabi muhammad S.A.W....kemudian baru anda layak untuk mencintai manusia yang anda anggap sebagai teman hidup selama-lamanya..Benar kata orang mana mungkin dengan mudah kita akan mencapai darjah cinta kepada ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W pada tahap yang sepatutnya tetapi tanya pada diri kita apakah usaha berterusan kita dalam menanamkan perasaan cinta dan sayang tersebut kerana setidak-tidaknya usaha yang berterusan boleh menampakkan ketelusan anda untuk mencapai darjah cinta tersebut kerana kita manusia sememangnya khilaf teruamanya insan yang menulis warkah ini...

Menara gading adalah tempat kita memerah keringat fikiran,tulang empat kerat dan juga membina jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI) agar di masa hadapan kita mampu memikul tanggungjawab yang lebih besar demi masa depan agama,bangsa dan negara....

Terpulang pada anda makhluk yang dikurniakan akal oleh ALLAH S.W.T yang mana membezakan anda dengan haiwan yang mampu untuk menggerakkan diri anda...Gerakkanlah diri anda dengan ilham dari akal yang lahir dari hati bukan emosi...
ingat taw mahasiswa,belajar dahulu kemudian kahwin je trus....jgn jadik mcm kami :0

p/s:lebih kepada muhasabah diri sendiri yang amat khilaf dan jahil.....

wassalam.....

No comments:

Post a Comment