December 26, 2010

~~Nikah Gantung~~

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...

Nikah Gantung....Istilah yang dipertanyakan oleh rakanku tempoh hari.Menjetik fikiran aku apa itu nikah gantung?Dalam satu artikel yang aku baca nikah gantung bermaksud lelaki dan pasangan telah sah sebagai suami isteri tetapi tidak diizinkan tinggal bersama atas faktor tidak dijalankan walimah lagi.Jadi di sini timbul pula satu lagi persoalan mengapa yang sunat boleh mengakibatkan sesuatu yang wajib 'digantung'?sedangkan pasangan telah diijab kabul secara sah tetapi kehendak pasangan masih ditahan.Jadi timbul lagi isu adakah nikah gantung ini kehendak islam?atau cuma istilahnya diacu suaikan agar kena dengan keadaan dan situasi masa kini yang kita tahu gejala sosial makin meningkat.


Nikah gantung hanyalah adat Melayu. Dalam Islam, apabila sepasang lelaki dan perempuan dinikahkan mengikut syarat-syarat nikah, maka terjalinlah ikatan suami isteri antara mereka dengan setiap pihak memikul tanggungjawab dan hak masing-masing termasuklah duduk serumah.nafkah zahir dan batin sudah tertakluk atas bahu masing-masing dan tidak ada istilah tidak atau gantung di situ.

Hari ini adat lebih dititikberatkan dalam kehidupan umat islam dari syariah yang datangnya dari ALLAH S.W.T.Maka,bila adat diutamakan maka mulalah syariat yang utama dilupakan danterus ketinggalan.Sedangkan ada sebuah hadith menyebut:

"Jika Si Isteri Dipanggil Oleh Suaminya Kerana Perlu,Maka Supaya Segera Datang,Walaupun Dia Sedang Masak"
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi,Hadis Hasan) 

Maksud hadith di atas pada pandangan saya adalah kepatuhan si isteri kepada suami.Dalam apa jua keadaan si isteri seharusnya patuh dan taat pada arahan suami yang berlandaskan syariat bukan adat yang terlalu dipuja.Maka persoalaalannya kini,apakah erti perkahwinan Jika tujuan mencari yang halal dari perkahwinan itu tidak dapat dilestarikan.Biarlah duduk berjauhan sekalipun tetapi jika bertemu makanya sepatutnya bolehlah bersama,tetapi kerana adat yang masih terus membelengu makanya tertutup sudah penglihatan kita pada sesuatu yang lebih dituntut.Ingatlah,di akhirat nanti bukan adat yang akan menjadi penyelamat kita sehingga terlalu diagungkan.Jangan menjadi lurus bendul hanya tahu mengikut segalanya sehingga tidak diselidiki dahulu hujung pangkal adat tersebut sehinga kita menjadi dangkal dalam syariat.

Makanya,nikah gantung atau nikah maksudnya tetap sama.Yang membezakan adalah pemikiran insan.Makanya,berhati-hati dalam segala tindakan.Biar mati adat,bukan mati syariat.

No comments:

Post a Comment