December 27, 2010

Siapa YaNG MEngAjAR

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...
Holla semua,apa khabar??diharap sahabat semua sihat dalam kita dihinggap oleh demam Piala Suzuki AFF yang melanda negara kita ekoran kejayaan skuad bolasepak Malaysia melangkah ke Final.
Dalam kita bersukaria meraikan kejayaan skuad negara timbul pula isu Laser yang sebenarnya mula hangat diperkatakan sejak dari perlawanan Malaysia-Vietnam lagi iaitu ketika separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari (15/12/10') yang dikatakan menjadi sebab mengapa Vietnam tewas kepada Malaysia dengan jaringan 2-0.

Kemudian saat perlawanan akhir pertama pada 26/12/10' yang lalu isu ini semakin hangat dibicarakan sehingga penjaga gol Indonesia sendiri Markus Harison bertindak melulu dengan mengajak rakan-rakan pemain dari Indonesia keluar padang bagi memprotes sinaran laser yang dikenakan pada wajahnya sejurus sebelum pemain Malaysia Safiq Rahim mengambil sepakan percuma.

Tetapi persoalannya adakah Malaysia yang menjadi dalang atau ada pasukan lain yang memulakan adegan laser ini sehingga menjadi ikutan penyokong pasukan lain??

Sharbinee Alawe yang terkena pancaran laser...Siapa dalangnya??Penyokong Malaysiakah??

Gambar di atas diambil dari rakaman rasmi AFF pada perlawanan pertama peringkat kumpulan antara Malaysia dan Indonesia di mana Malaysia telah dimalukan 5-0 oleh pasukan tuan rumah.Jelas menunjukkan Penjaga Gol Malaysia telah disinari laser sejak dari perlawanan pertama lagi yang telah menjejaskan reputasi Sharbinee Alawee yang kemudiannya telah digantikan oleh Khairul Fahmi yang telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan di mana hanya dibolosi sekali sepanjang kejohanan berlangsung iaitu ketika menewaskan Laos 5-1 pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.

Justeru Indonesia,'cermin dahulu diri anda' sebelum anda menuding jari pada Malaysia kelak anda akan malu dengan diri sendiri kerna satu jari dituju pada Malaysia tetapi lihat empat lagi jari anda pada siapa ditujukan??Tepuk dada tanya selera anda.Tidak berniat untuk diskriminasi bukan juga membela diri kerna apa yang dilakukan penyokong Malaysia tetap memalukan dan menjadikan kemenangan pasukan Malaysia dipersoalkan dan boleh dipertikaikan cuma sekadar mahu menjadi renungan dan ruangan untuk menyatakan kebenaran.
p/s:Jangan jadik macam ketam mengajar anaknya berjalan...muahaha2

No comments:

Post a Comment