December 28, 2010

TeRIngAt ArWaH NEneKkU

Assalamualaikum...Hi Guys,

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T atas nikmat kehidupan yang diberikan dan selawat serta salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W...
seribu satu persoalan........
Saat menanti azan Isya' berkumandang tiba-tiba terlintas dalam ingatan aku arwah nenek aku, Allahyarhamah Halimah Binti Yusof yang masih kekal segar dalam memori aku perginya menghadap tuhan yang maha esa pada 1 April 2005...tarikh itu mudah diingat kerana tarikh itu simbolik bagi April fool dan juga tahun tersebut ialah tahun aku mengambil SPM....

gambar sekadar hiasan k...arwah nenek aku cun taw n aku hensem...muahaha2

Saat kecilku banyak dihabiskan bersama arwah..mengekor ke ladang bersama setiap pagi menjadi sebab aku digelar cucu kesayangan...lantas kehilangan beliau amat memberi kesan pada hidup aku...Kata orang zaman kanak-kanak ialah zaman kita paling banyak belajar kerana otak kita membesar dengan pantas lantas kenangan bersama insan-insan yang secara semulajadi menjadi tenaga pengajar dalam kehidupan aku jelas kekal dalam ingatan kerna aku saat kanak-kanakku bukan bersama ibu bapa aku tapi dengan keluarga mak langku yang menetap bersama arwah...

Jadi tidak salah aku katakan zaman kecilku kasih sayangku lebih kepada mereka kerna bukan apa amat jarang bersama kedua ibu bapaku menyebabkan aku kurang menyemai perasaan kasih pada mereka...Paling memberi kesan pada aku ialah arwah pergi meninggalkan aku saat aku tiada di sisinya dan aku sangat terasa tak berguna time tue...Keesokan hari aku tidak berganjak dari arwah sehinggalah arwah dikuburkan di tanah perkuburan kampung bukit senggeh berhampiran dengan pusara arwah atuk aku....

Bagi yang masih memiliki nenek atau atuk hargailah mereka kerana insan seperti mereka memerlukan kasih sayang dari insan muda seperti kita dan kita pula menagih ilmu dan selautan pengalaman yang telah mereka perolehi sepanjang perjalanan kehidupan mereka....Inilah yang dikatakan konsep simbiosis dalam kehidupan.....



kasih sayang ditagih dan pengalaman diraih
p/s:mode:very sad....


Al Fatihah pada Allahyarhamah Halimah Binti Yusof.........

Wassalam.....

No comments:

Post a Comment